Yayasan Era Suria Prihatin x Rumah Nur Sakinah merupakan inisiatif yang melibatkan anak-anak yatim. Pihak YES telah menyampaikan sumbangan keperluan harian dan makanan berupa bijirin, tepung, minyak, serta berbagai lagi buat penghuni Rumah Nur Sakinah yang terdiri daripada 40 anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin. Hasil sumbangan ini melalui kerjasama antara pihak YES dengan Yayasan Food Bank Malaysia.